Berikut ini AgusTambunan™ akan share tips cinta melupakan cinta pertama dengan 3 langkah sederhana. J
Berikut..
1. Hapuskan Si Dia Dalam Hidup Anda
Berikut..
1. Hapuskan Si Dia Dalam Hidup Anda
Si dia dah keluar daripada hidup anda. Tetapi anda masih di dalam hidup anda sendiri. Lupakan terus dia. Putuskan segala komunikasi dengan si dia, buang jauh segala benda dan perkara yang akan menyebabkan anda mengingati si dia. Sentiasa ingat cinta anda telah berakhir, tetapi hidup anda baru sahaja bermula. Ketahuilah, berakhirnya cinta anda ini bermakna, Tuhan ingin memberi ruang dan peluang yang lebih baik bagi anda. Go for it!
2. Hargailah Perasaan Anda Dan Luahkan Dengan Seadanya
Selalunya dalam keadaan begini, kita akan cenderung untuk menyembunyikan perasaan kita. Kita berpura-pura menjadi tabah dan kuat, sedangkan hati anda sedang meraung tangisan luka yang dalam. Sebenarnya, tidak salah untuk anda menangis. Laluilah saat ini dengan semula jadi tanpa pura-pura dan takutkan orang di sekeliling anda. Semakin anda menyedari realiti dan menyelami perasaan anda mengenai berakhirnya cinta anda ini, semakin cepatlah anda boleh melupakan cinta lama anda.
3. Ketahuiah Keadaan Akan Menajadi Lebih Baik
Mulakan dengan mendengar lagu-lagu sedih. Nampak seperti nasihat bodoh, tetapi inilah yang saya lakukan ketika saya dikecewakan dulu. Dengan mendengar lagu-lagu sedih, saya akhirnya sedar bahawa bukan saya seorang yang sedih di dunia ni, ramai lagi insan yang lebih malang. Ketika itulah saya boleh melihat masa depan yang cerah bagi saya. Saya bangkit. Anda pun boleh bangkit!
Itulah tiga tips ringkas bagaimana untuk melupakan bekas kekaksih cinta pertama anda.
Belajar ilmu dan skill baru. Anda banyak masa sekarang berbanding ketika anda asyik berkepit dengan si dia dulu. Luangkan masa untuk memperbaiki diri anda secara dalaman dan luaran. Tingkatkan penampilan anda. Coba gaya rambut baru, fesyen baru dan minyak wangi baru. Terserah kepada anda. Yang penting, situasi yang lebih baik sedang menanti anda untuk menggapainya.
NB : Jika Kalian Ingin Copas(Copy-Paste) Artikel Ini, Boleh-Boleh Saja. Tapi.. Jangan Lupa Setarakan Blog Saya Dan Dari Mana Anda Mengambil Artikel Yang Anda Copas(Copy-Paste). Terima Kasih. :)